PENDAHULUAN
Kemiskinan merupakan salah satu masalah yang hangat diperdebatkan
termasuklah di kalangan ahli ekonomi. Ini adalah kerana kemiskinan merupakan
satu konsep yang sukar ditakrif dan diukur dan definasi kemiskinan yang boleh
dikatakan neutral.Kemiskinan adalah keadaan di mana terjadi ketidakmampuan
untuk memenuhi kebutuhan dasar seperti makanan, pakaian, tempat berlindung,
pendidikan, dan kesehatan.
Kemiskinan dapat disebabkan oleh kelangkaan alat
pemenuh kebutuhan dasar, ataupun sulitnya akses terhadap pendidikan dan
pekerjaan. Kemiskinan merupakan masalah global. Sebagian orang memahami istilah
ini secara subjektif dan komparatif, sementara yang lainnya melihatnya dari
segi moral dan evaluatif, dan yang lainnya lagi memahaminya dari sudut ilmiah
yang telah mapan.Kemiskinan biasanya ditakrifkan secara relatif mengikut
keadaan masyarakat di sesebuah negara.
Dua konsep kemiskinan yang biasa digunakan adalah kemiskinan mutlak yang ditakrifkan
sebagai satu keadaan di mana pendapatan kasar bulanan tidak mencukupi untuk
membeli keperluan minimum sesebuah isirumah yang diukur berdasarkan tahap
perbelanjaan minimum atau pendapatan garis kemiskinan (PGK). Pendapatan Garis
Kemiskinan (PGK) ditakrifkan sebagai pendapatan yang hanya mencukupi untuk
membeli keperluan minimum sekumpulan barangan makanan untuk mengekalkan ahli-ahli
isi rumah dalam keadaan zat pemakanan yang baik dan keperluan asas yang lain
seperti pakaian dan kasut, sewa rumah, bahan api dan tenaga, pengangkutan dan
komunikasi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan rekreasi.
Ukuran kemiskinan
telah menjadi satu isu perdebatan. Ia adalah kerana penggunaan kayu ukur
pendapatan garis kemiskinan (PGK) yang sama untuk bandar dan luar bandar. PGK
yang sama ini menimbulkan masalah dari segi kemiskinan bandar telah terkurang
anggaran. Mengikut definisi, kemiskinan tegar adalah mereka yang mempunyai
pendapatan separuh daripada golongan miskin dan di Malaysia kadarnya ialah
RM264.50 sebulan. PGK dikemaskini setiap tahun berdasarkan Indeks Harga
Pengguna.
Kemiskinan relatif dimaksudkan
sebagai ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan. Ianya diukur dengan
menggunakan nisbah perbezaan pendapatan kumpulan pendapatan, kumpulan etnik dan
penghuni bandar dan luar bandar. Satu lagi pengukur kemiskinan relatif yang
sering digunakan adalah peratus isirumah dengan pendapatan misalnya kurang
daripada separuh pendapatan penengah atau purata.
Definisi kemiskinan oleh Bank Dunia ialah peminggiran dari
kesempurnaan hidup. Menurut badan dunia tersebut, kemiskinan, secara tradisinya
diertikan sebagai peminggiran material yang berkait rapat dengan kekurangan
pendapatan dan kekurangan penggunaan dimana kedua-dua faktor ini selari dengan
kekurangan zat makanan dan keadaan hidup yang daif.
Bank Dunia berpendapat
bahawa definasi kemiskinan yang lebih tepat dan diterima ramai adalah
kemiskinan yang berkait dengan kemiskinan kemanusian yang difaktori oleh tahap
kesihatan dan pendidikan yang rendah. Bagi Bank Dunia, tahap kesihatan dan
pendidikan yang rendah merupakan faktor dan juga akibat daripada kemiskinan. Bank
Dunia juga mendefinasikan kemiskinan bandar sebagai satu fenomena yang
melibatkan pelbagai dimensi dan ianya dilihat bukan sahaja dari pada sudut
pendapatan atau kewangan namun dilihat daripada beberapa aspek yang penting. Aspek-aspek ini terdiri daripada:
- Kurangnya akses untuk mendapatkan pinjaman bagi menjalankan aktiviti ekonomi;
- Kurang peluang pekerjaan dan kesukaran mendapatkan kerja dan pendapatan yang tetap;
- Tahap pendidikan dan kesihatan yang rendah;
- Tidak mampu memiliki atau membeli rumah;
- Kemudahan untuk rekreasi dan hidup bermasyarakat yang rendah;
- Keadaan persekitaran hidup yang tidak sihat dan kualiti kemudahan asas/ awam yang rendah.
No comments:
Post a Comment