KESAN KEMISKINAN DALAM
KALANGAN MASYARAKAT
Terdapat beberapa kesan akibat kemiskinan di bandar. Kesan
boleh dilihat melalui aspek kesan kepada ekonomi negara, kesan kepada sosial
dan lain-lain kesan. Bagi kesan dari segi ekonomi, kesan kemiskinan menyebabkan
peningkatan perbelanjaan kerajaan. Perbelanjaan kerajaan yang meningkat ini
adalah disebabkan kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar bagi
membasmi kemiskinan. Perbelanjaan yang besar ini seterusnya akan menyebabkan
aktiviti pembangunan yang lain terjejas kerana telah dibelanjakan bagi
menampung kos program-program pembansiman kemiskinan.
1) SOSIAL
Kesan dari segi sosial pula ialah anak-anak golongan yang
miskin di bandar ini akan tercicir daripada mendapat peluang pendidikan.
Kebanyakan daripada mereka terpaksa berhenti sekolah pada usia yang muda bagi
membantu keluarga dari segi kewangan iaitu terpaksa bekerja. Hal ini juga akan
menyebabkan mereka cenderung terlibat dengan aktiviti jenayah kerana mereka
tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi yang membolehkan mereka mendapat pekerjaan
di sektor formal malah tidak mempunyai modal untuk menjalankan perniagaan.
Akibat terdesak untuk hidup di kawasan bandar mereka terlibat dalam jenayah
seperti jenayah pecah rumah.
2) TEMPAT TINGGAL
Kesan – kesan lain boleh dilihat dari segi bagi penduduk
yang berpendapatan rendah ketiadaan kemudahan perumahan yang selaras dangan
kemampuan merupakan suatu masalah yang sukar diatasi (Chamhuri Siwar, 1996).
Ini memaksa kebanyakan daripada mereka untuk tinggal di kawasan setinggan.
Apabila melihat dalam konteks taraf hidup, terutama dari segi keselesaan tempat
tinggal, penduduk luar bandar yang miskin didapati lebih selesa berbanding
dengan penduduk bandar miskin yang tinggal di kawasan setinggan. Oleh itu,
berlakunya penempatan setinggan pada kadar yang sangat tinggi dan ianya
merupakan kawasan kediaman yang tidak sah dari segi undang-undang; oleh itu
bekalan kemudahan asas adalah kurang dan keadaan perumahan tidak tersusun (Nik
Hashim, 1996).Mereka yang tinggal di kawasan setinggan ini menghadapi pelbagai
masalah terutama dari segi penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air,
elektrik dan sebagainya. Rumah yang dibina pula di kawasan yang merbahaya dan
selalunya di tapak tanah yang tidak sah dari segi undang-undang. Apabila hal
ini berlaku, maka alam sekitar masyarakat setinggan adalah tidak berkualiti,
terutamanya dari segi kesesakan tempat tinggal kerana tiada sistem sanitasi dan
kesihatan yang tidak terjamin.
3) PENCEMARAN ALAM
Kesan-kesan lain juga dilihat adalah dari segi berlaku
pencemaran alam. Golongan miskin yang mencemarkan alam sekitar kebanyakkannya
terdiri daripada masyarakat setinggan yang serba kekurangan, terutamanya dari
segi kemudahan awam. Keadaan tempat tinggal yang sesak dan tidak selesa,
tingkat pendidikan yang rendah dan ketiadaan kemudahan asas menyebabkan
golongan ini mudah dihinggapi penyakit. Mereka juga terpaksa mengenakan kesan
luaran dalam bentuk pencemaran air dan udara kepada golongan pengguna lain
apabila melakukan pembuangan sampah ke dalam sungai atau di kawasan sekeliling.
No comments:
Post a Comment