Sunday, 14 August 2016

LANGKAH-LANGKAH MEMBASMI KEMISKINAN

1) PERANAN IBU BAPA
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan perdana dalam menyemai sikap prihatin dalam kalangan masyarakat yang kurang bernasib baik. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan pohon rendang tempat anak berteduh dan mendapatkan perlindungan. Malah, anak-anak umpama sehelai kain putih, terpulanglah kepada ibu bapa bagaimana hendak mencorakkannya.Sesungguhnya, ibu bapa sayugia senantiasa mengambil berat tentang kelakuan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh di samping memberitahu anak-anak tentang kepentingan sikap prihatin dan saling bantu-membantu dalam kalangan masyarakat agar anak-anak mempunyai kesedaran tentang perlunya mengamalkan sikap prihatin dan penyayang dalam jiwa mereka. Dalam pada itu, ibu bapa patut mengasuh dan mencanai anak-anak agar dapat membezakan intan dengan kaca dan seterusnya yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan supaya anak-anak tidak mudah terjebak dalam lembah yang penuh dengan kejahilan dan kedurjanaan. Lantaran itu, ibu bapa sayugia menerapkan nilai kasih saying dan sikap keprihatinan dalam sanubari anak-anak agar dapat melahirkan generasi akan datang yang mengambil berat tentang hal-hal persekitaran disamping tidak melakukan kejadian buruk.

2) PERANAN KERAJAAN
Seperkara lagi, kalau dikaji dari perspektif yang lain, didapati bahawa pihak kerajaan turut memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam melahirkan masyarakat penyayang dan mempunyai sikap prihatin. Pihak berkuasa harus menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat dalam kalangan masyarakat seperti aktiviti membantu membina rumah kepada golongan miskin, gotong-royong dan ceramah. Pihak berkenaan dapat mengadakan ceramah kesedaran tentang kepentingan sikap keprihatinan dalam kalangan masyarakat supaya masyarakat sedar akan kepentingannya dan seterusnya mengamalkan nilai kasih sayang dan sikap prihatin terhadap masyarakat yang kurang berasib baik. Tambahan pula, pihak kerajaan harus melancarkan kempen-kempen seperti semakin hari semakin sayang dalam kalangan masyarakat untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga patut menguatkuasakan undang-undang terhadap individu yang melakukan kejadian penghinaan, penderaan dan buli dalam kalangan golongan miskin. Pendek kata, pihak kerajaan patut mencari jalan untuk menyemai sikap prihatin dalam kalangan masyarakat di samping menitikberatkan sikap keprihatinan agar dapat melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama.

3) PERANAN SEKOLAH
Sementara itu, jikalau diselusuri sindrom ini sehingga ke peringkat akar umbinya, didapati bahawa pihak sekolah turut bertanggungjawab dalammenyemai sikap prihatin dalam kalangan remaja yang merupakan pemimpinpelapis negara yang bakal memperjuangkan bangsa dan negara sertamembawa negara kita ke ambang kejayaan. Hal ini demikian kerana gurusebagai pendeta di atas pentas sayugia menekankan unsur rohaniah danilmu duniawi dalam kalangan pelajar supaya dapat melahirkan pelajar yang prihatin terhadap isu-isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat. Dalam pada itu, guru-guru sepatutnyamenitikberatkan Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam yang diwajibkan olehKementerian Pelajaran negara kita agar nilai-nilai murni dan pengajarandapat diterapkan dalam jiwa pelajardan seterusnya tidak mudah terjerumuske dalam kancah maksiat. Di samping itu, pihak sekolah juga patutmenjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti gotong royong, BulanPenyayang dan sebagainya yang bukan sahaja dapat menerapkan sikapprihatin dalam sanubari pelajar, malah dapat memupuk sikap bertolak ansurdan bekerjasama dalam diri pelajar seperti berat sama dipikul, ringan samadijinjing. Justeru, aktiviti-aktiviti tersebut dapat diibaratkan sepertiserampang dua mata. Sebagai tuntasnya, pihak sekolah turut memainkanperanan yang penting dalam menyemai sikap prihatin dalam kalangan anak watan negara kita supaya dapat melahirkan tunas-tunas negara yangseimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani.

4) PERANAN MEDIA MASSA
Seterusnya, memang tidak dapat disangkal bahawa media massa yang merupakan lidah penting dalam menyalurkan dan menyampaikan maklumat serta infomasi turut memainkan peranan yang prima dalam menyemai sikap prihatin dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian disebabkan pihak media massa yang sering menyiarkan program-program dan rancangan televisyan yang berunsurkan keganasan ataupun bercorak Barat telah mempengaruhi dan mencemari sanubari pemuda-pemudi negara kita dan seterusnya menyebabkan mereka melakukan anasir-anasir jahat seperti menghina orang miskin, penderaan, tidak menyayangi golongan miskin dan sebagainya yang bertentangan dengan ajaran agama. Rentetan daripada itu, pihak media massa sayugia menyiarkan rancangan yang menekankan nilai-nilai moral dan bermanfaat agar para remaja tidak membiarkan syaitan bertakhta dalam jiwa merka danseterusnya dapat menghadapi duri dan onak dalam marcapada kini. Pendek kata, media massa wajar memainkan peranan mustahak dalam menyemai sikap prihatin dalam kalangan masyarakat dan seterusnya menzahirkan masyarakat penyayang seperti yang termaktub dalam Rancangan Malaysia kita.

No comments:

Post a Comment