Sunday, 14 August 2016

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, setiap individu harus menanam sikap prihatin dalam masyarakat bahkan, dapat mewujudkan sikap toleransi serta kasih sayang terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Oleh itu, sikap prihatin sebegini menjadi amalan sihat kerana semangat menyumbang adalah sebahagian daripada usaha membangunkan masyarakat setempat. Tiada manusia yang mahu dilahirkan menjadi miskin ataupun untuk berada dalam golongan kurang mampu. Malah, sebahagiannya sudah puas berusaha, namun keadaan masih belum memihak kepadanya. Pendek kata bagi yang percaya kepada ketentuan Tuhan, rezeki belum memihak kepada mereka. Mungkin sebahagiannya memerlukan sedikit masa lagi dengan kerja keras dan berstrategi demi mencapai kejayaan.
Sikap prihatin sebegini terpuji dan dapat menunjukkan toleransi serta kasih sayang terhadap golongan yang tidak mampu berdiri sendiri sebagaimana mereka lebih bernasib baik. Bagi kerajaan pula, sekian lama membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik sebegini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan golongan ini tidak berasa disisih dalam arus kemajuan masyarakat. Semangat membantu harus disemai dan diserlah dalam diri individu sendiri di samping dapat melahirkan sifat bantu-membantu.
Sementara menunggu sedikit waktu ataupun sampai masanya individu menuai hasilnya, khususnya kepada syarikat korporat perlu tampil membantu golongan kurang bernasib baik ini melalui program amal serta tajaan dana sebagai contoh bersamamu dihatiku. Acara dan program yang diadakan seperti ini membuktikan kita adalah sebuah masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap orang sekitar. Negara yang dihuni pelbagai kaum dan kepercayaan dikenali kerana Malaysia merupakan sebagai sebuah negara yang dihuni pelbagai kaum dan kepercayaannya yang dikenali kerana kebolehannya untuk menyediakan keperluan kepada mereka yang kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, bangsa,agama,warna kulit atau latar belakang.
Justeru, dalam diri setiap rakyat seharusnya sedia wujud sifat ingin membantu masyarakat tanpa mengira latar belakang dan keturunan. Golongan kurang bernasib baik khasnya di kawasan kampung harus menerima perhatian yang sewajarnya seperti mereka yang berada di institusi kebajikan. Terdapat banyak cara membantu golongan kurang bernasib baik ini. Selain membantu dari segi sumber kewangan,makanan dan pakaian, mereka juga perlu dibantu untuk berdikari melalui pelan jangka panjang.
Pepatah cina mengatakan, lebih baik seseorang mendapat ikan daripada memberinya ikan setiap hari. Jika kita mengajar seseorang cara mendapatkan ikan, dia akan menguasai kemahiran mendaparkan ikan secara berdikari untuk jangka masa yang panjang kemudiannya. Bahkan, individu ini akan mengajar generasi kemudiannya melalui ilmu yang dipelajari.
Pendek kata, selain huluran derma dan bantuan berupa material, membangunkan golongan kurang bernasib baik dengan ilmu amat besar manfaatnya untuk masa depan. Dengan ilmu, individu dapat membaiki kehidupannya dan nasib keluarganya seterusnya generasi yang bakal dilahirkannya kemudian. Bak kata pepatah “masakan kita akan mendapat sagu dengan mudah tanpa memecahkan ruyungnya terlebih dahulu”.
“Kita tidak mahu negara kita mempunyai prasarana yang berkelas pertama, tetapi mentaliti rakyatnya masih dalam kelas ketiga.” Begitulah kata-kata mantan Perdana Menteri kita. Justeru, kita sayugia bersatu padu dan bertolak ansur dalam merealisasikan matlamat bumi bertuah kita kerana bersatu teguh, bercerai roboh. Hasrat murni ini bukanlah suatu yang mustahil untuk dicapai kerana di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Lantaran itu, kita haruslah sedarkan diri daripadda terus dibuai mimpi kerana kini bukanlha masa untuk menunggu. Sebaliknya, kita harus berfikir, mencubadan bertindak.
Tambahan pula, para remaja yang merupakan cerucuk utama pembangunan negara kita sayugia memperiagaka diri dalam anjakan paradigma yang mensosialisasikan masyarakat kita ke era globalisasi agar tidak tenggelam dalam arus yang bermula daripada riak kecil ke gelombang besar. Rentetan daripada itu, kita haruslah mencelikkan mereka yang butadan mengejutkan mereka yang sedang tidur. Sesungguhnya, kerjasama kita sebagai anak tiri bumi bertuah ini haruslah menjadi saluran penting dalam menjadikan Wawasan 2020 yang sering kita uar-uarkan bukan lagi satu imaginasi tetapi satu realiti dan seterusnya menjadikan bumi bertuah kita melantun ke langit menjadi bintang jatuh ke laut menjadi mutiara.

No comments:

Post a Comment