Monday, 15 August 2016








DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN 
DALAM  ISLAM



BERDASARKAN SLOT DOKUMENTARI BERSAMAMU, KENAL PASTI PUNCA – PUNCA KETIDAK PRIHATINAN YANG SEDANG BERLAKU DALAM KALANGAN MASYARAKAT



 NAMA PENSYARAH            :        PUAN NORAINI BINTI NAWAWI


 NAMA AHLI KUMPULAN     :

RUTHRA DEVI MOHAN

02DTM14F1028
NAZERAH BINTI MOHD HANAFI
                     
02DTM14F1164
SITI MURNI BINTI MOHD      
                                        
02DRM14F1032
NUR QISTINA BINTI ROSMAN   
                                   
02DTM14F1052
NUR FATIHAH BINTI ABDUL MAJID @ ZAMMAL   
       
02DTM14F1048
   

KELAS                                   :         DTM 5E



SESI                                       :         JUN 2016

Sunday, 14 August 2016

ISI KANDUNGAN


BIL.

KANDUNGAN



1


PENDAHULUAN

2

FAKTOR-FAKTOR KEMISKINAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT

3

KESAN-KESAN KEMISKINAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT

4

LANGKAH-LANGKAH MEMBASMI KEMISKINAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT

5

INISIATIF KERAJAAN UNTUK MEMBASMI KEMISKINAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT


6


KESIMPULAN


7


LAMPIRAN


8


RUJUKAN
PENDAHULUAN


Kemiskinan merupakan salah satu masalah yang hangat diperdebatkan termasuklah di kalangan ahli ekonomi. Ini adalah kerana kemiskinan merupakan satu konsep yang sukar ditakrif dan diukur dan definasi kemiskinan yang boleh dikatakan neutral.Kemiskinan adalah keadaan di mana terjadi ketidakmampuan untuk memenuhi kebutuhan dasar seperti makanan, pakaian, tempat berlindung, pendidikan, dan kesehatan.
Kemiskinan dapat disebabkan oleh kelangkaan alat pemenuh kebutuhan dasar, ataupun sulitnya akses terhadap pendidikan dan pekerjaan. Kemiskinan merupakan masalah global. Sebagian orang memahami istilah ini secara subjektif dan komparatif, sementara yang lainnya melihatnya dari segi moral dan evaluatif, dan yang lainnya lagi memahaminya dari sudut ilmiah yang telah mapan.Kemiskinan biasanya ditakrifkan secara relatif mengikut keadaan masyarakat di sesebuah negara.
Dua konsep kemiskinan yang biasa digunakan adalah kemiskinan mutlak yang ditakrifkan sebagai satu keadaan di mana pendapatan kasar bulanan tidak mencukupi untuk membeli keperluan minimum sesebuah isirumah yang diukur berdasarkan tahap perbelanjaan minimum atau pendapatan garis kemiskinan (PGK). Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ditakrifkan sebagai pendapatan yang hanya mencukupi untuk membeli keperluan minimum sekumpulan barangan makanan untuk mengekalkan ahli-ahli isi rumah dalam keadaan zat pemakanan yang baik dan keperluan asas yang lain seperti pakaian dan kasut, sewa rumah, bahan api dan tenaga, pengangkutan dan komunikasi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan rekreasi.
Ukuran kemiskinan telah menjadi satu isu perdebatan. Ia adalah kerana penggunaan kayu ukur pendapatan garis kemiskinan (PGK) yang sama untuk bandar dan luar bandar. PGK yang sama ini menimbulkan masalah dari segi kemiskinan bandar telah terkurang anggaran. Mengikut definisi, kemiskinan tegar adalah mereka yang mempunyai pendapatan separuh daripada golongan miskin dan di Malaysia kadarnya ialah RM264.50 sebulan. PGK dikemaskini setiap tahun berdasarkan Indeks Harga Pengguna.
Kemiskinan relatif dimaksudkan sebagai ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan. Ianya diukur dengan menggunakan nisbah perbezaan pendapatan kumpulan pendapatan, kumpulan etnik dan penghuni bandar dan luar bandar. Satu lagi pengukur kemiskinan relatif yang sering digunakan adalah peratus isirumah dengan pendapatan misalnya kurang daripada separuh pendapatan penengah atau purata.
Definisi kemiskinan oleh Bank Dunia ialah peminggiran dari kesempurnaan hidup. Menurut badan dunia tersebut, kemiskinan, secara tradisinya diertikan sebagai peminggiran material yang berkait rapat dengan kekurangan pendapatan dan kekurangan penggunaan dimana kedua-dua faktor ini selari dengan kekurangan zat makanan dan keadaan hidup yang daif. 
Bank Dunia berpendapat bahawa definasi kemiskinan yang lebih tepat dan diterima ramai adalah kemiskinan yang berkait dengan kemiskinan kemanusian yang difaktori oleh tahap kesihatan dan pendidikan yang rendah. Bagi Bank Dunia, tahap kesihatan dan pendidikan yang rendah merupakan faktor dan juga akibat daripada kemiskinan. Bank Dunia juga mendefinasikan kemiskinan bandar sebagai satu fenomena yang melibatkan pelbagai dimensi dan ianya dilihat bukan sahaja dari pada sudut pendapatan atau kewangan namun dilihat daripada beberapa aspek yang penting. Aspek-aspek ini terdiri daripada:
  1. Kurangnya akses untuk mendapatkan pinjaman bagi menjalankan aktiviti ekonomi;
  2. Kurang peluang pekerjaan dan kesukaran mendapatkan kerja dan pendapatan yang tetap;
  3. Tahap pendidikan dan kesihatan yang rendah;
  4. Tidak mampu memiliki atau membeli rumah;
  5. Kemudahan untuk rekreasi dan hidup bermasyarakat yang rendah;
  6. Keadaan persekitaran hidup yang tidak sihat dan kualiti kemudahan asas/ awam yang rendah.
FAKTOR-FAKTOR KEMISKINAN DI KALANGAN MASYARAKAT

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan di bandar berlaku. Antara faktor-faktornya ialah kurangnya peluang pekerjaan, tahap pendidikan yang rendah, saiz isi rumah yang besar dan faktor krisis ekonomi. Kurangnya peluang pekerjaan di kawasan bandar adalah disebabkan penawaran buruh adalah melebihi permintaan. Sektor formal tidak dapat menyerap lebihan penawaran buruh ini yang kebanyakkannya merupakan golongan yang bermigrasi dari luar bandar ke bandar dengan harapan kawasan di bandar akan menawarkan peluang pekerjaan. Namun sebaliknya berlaku iaitu apabila pelaun pekerjaan di bandar adalah kurang, maka golongan berhijrah ini akan menganggur dan jika bernasib baik pun, golongan ini akan terlibat di pekerjaan sektor tidak formal (STF).

1) LUNTUR DIDIKAN AGAMA
Dalam era globalisasi masa kini antara punca berlakunya ketidakprihatinan dalam kalangan masyarakat ialah kurangnya didikan agama dalam diri seseorang.Jika dalam diri tidak mempunyai sifat belas kasihan dan membantu seperti yang dianjurkan dalam konsep Islam, sudah semestinya golongan tersebut akan terus berada dalam kesempitan hidup untuk meneruskan kehidupan yang sangat mencabar. Sebagai contoh, kewangan yang tidak stabil untuk membeli makanan, pakaian dan lain-lain lagi. Dalam setiap agama tidak kira Islam, Hindu atau agama lain perlu mempunyai sifat menyayangi dan suka membantu golongan yang memerlukan. 
Jika masyarakat tidak mendalami agama masing-masing akan menyebabkan diri seseorang akan terus hidup dalam ketamakan dari segi wang, pangkat dan sentiasa mengejar keduniaan sahaja tanpa mempedulikan golongan bawahan yang hidup adakala merempat dan tiada hala tuju. Kesannya, segelintir golongan yang miskin akan bertindak melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti mereka terpaksa mencuri duit atau makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup disebabkan tiada sesiapa yang sudi membantu. Adakah kita sebagai masyarakat ingin perkara seperti ini berlaku?
Selain itu, perhatian yang khusus dan berterusan kurang dipraktikkan oleh semua pihak terhadap golongan tersebut yang amat memerlukan pembelaan yang sewajarnya. Kehidupan golongan ini dibiarkan begitu sahaja disamping masyarakat  tidak memainkan peranan iaitu bersama-ama menggembleng tenaga dengan memberikan sumbangan dan sokongan moral dalam membantu menangani permasalahan yang berlaku tidak diterapkan.
Tambahan pula, kebanyakan masyarakat juga suka menghitung kepentingan diri sendiri tanpa mengambil tahu kesusahan golongan disekelilingnya. Kebiasaan punca sebeginilah yang menjadikan seseorang itu tidak melahirkan sifat bantu-membantu dalam diri. Bagi merealisasikan konsep masyarakat yang penyayang, sikap sebegini perlu diubah. Keseimbangan dalam memenuhi keperluan diri dan masyarakat sekitar hendaklah dipraktikkan dalam kegiatan hidup seharian.

2) KETIDAKPRIHATINAN PEMERINTAH
Kerajaan memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan ekonomi sesebuah Negara. Peranan-peranan pemerintah adalah untuk memerhatikan keadaan ekonomi,social, budaya golongan sederhana dan golongan yang kurang bernasib baik. Pemerintah yang kurang peka terhahap pertumbuhan masyarakat miskin dapat menjadi salah satu faktor kemiskinan. Pemerintah tidak membuat tindakan yang mampu mengurangkan kemiskinan di Negara ni. Golongan sederhana ialah golongan yang mempunyai pendapatan yang sederhana dan tanggungan yang banyak.
Manakala, golongan miskin ialah golongan yang kurang mampu untuk menyara kos hidup pada negara yang menuju ke arah era globalisasi. Golongan ini bergantung kepada pihak kerajaan untuk medapatkan perhatian sepenuhnya kepada mereka untuk menampung kos sara hidup semasa. Disebabkan ketidakprihatinan pemerintah kadar penganguran di Malaysia semakin meningkat samada di bandar mahupun di luar bandar.
Jika diteliti secara mendalam, hampir setiap kawasan perumahan dan tempat awam terdapat sekurang-kurangannya 2 -3 peminta sedekah. Ini menunjukkan pemerhatian kerajaan terhadap golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik sebegini tidak mencukupi dan menyebabkan mereka disisihkan oleh masyarakat setempat.

3) KOS SARA HIDUP YANG TINGGI
Pendapatan yang sedikit berbanding dengan kos sara hidup yang tinggi menyebabkan penduduk bandar sukar untuk mendapatkan keperluan asas dengan sempurna. Keperluan asas yang dimaksudkan merangkumi bahan makanan dan minuman, pakaian dan tempat tinggal. Ini menyebabkan taraf hidup penduduk bandar terjejas dan meningkatkan jumlah kemiskinan di dalam bandar sehingga mereka sanggup menyewakan rumah mereka dan memilih untuk tinggal di kawasan setinggan yang lebih murah. Walaupun kebanyakan pendapatan penduduk bandar tidak dikategorikan sebagai golongan pendapatan rendah. 
Namun begitu, pendapatan mereka adalah tidak seimbang dengan perbelanjaan. Ini disebabkan kos hidup bandar adalah tinggi dan membebankan. Kos hidup bandar pula amat dipengaruhi oleh pelbagai aspek. Terutamanya ialah inflasi. Kadar inflasi 3.9% pada tahun 2009 telah meningkat kos hidup bandar dan seterusnya mempengaruhi kadar kemiskinan.Berikutan kesan kejatuhan nilai matawang Ringgit dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan semasa, boleh sifatkan angka yang dikemukakan ini tidak menunjukkan realiti sebenar kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat.
Berdasarkan kepada penyiasatan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah tahun 2014, purata pendapatan garis kemiskinan untuk Malaysia secara keseluruhan adalah RM950 untuk miskin dan RM600 untuk miskin tegar.Merujuk kepada item keperluan asas ‘bukan makanan’ yang disenaraikan – pakaian; sewa, minyak, elektrik; perkhidmatan asas; pengangkutan dan komunikasi; dan lain-lain – sahaja pun, jelas bahawa adalah tidak munasabah nilai RM950 dijadikan garis pemisah untuk membezakan golongan berkemampuan dan tidak berkemampuan.Indikator yang menentukan angka ini ialah pendapatan garis kemiskinan (PGK) iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan yang membolehkan setiap ahlinya berfungsi di dalam masyarakat.
Ini kerana, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia ketika membuat penerangan tentang kewajaran rasionalisasi subsidi minyak, menyatakan bahawa golongan berpendapatan rendah menggunakan minimum 150 liter iaitu membelanjakan RM307.50 sebulan untuk penggunaan petrol (RON95). Ia kemungkinan meningkat lagi kepada RM322.50 pada bulan hadapan apabila diunjurkan harga petrol itu bagi Jun 2015 ialah RM2.15 seliter.Dalam suatu kajian membandingkan harga sewa bulanan rumah, mendapati ia bernilai RM700 di Kuala Lumpur, RM500 di Klang, RM400 di Kuala Terengganu, RM800 di Kuching, RM600 di Johor Bahru, dan RM350 di Alor Setar atau secara puratanya ialah RM560 sebulan. Boleh dikatakan tiada lagi harga sewa bulanan rumah berada di bawah paras RM350 apatah lagi RM180.

4) MIGRASI
Kemiskinan di Malaysia adalah lebih dominan sebagai satu fenomena di kawasan luar bandar. Namun begitu seperti negara sedang membangun yang lain, terdapat kecenderungan kemiskinan bandar berlaku. Perbandaran ataupun bandar boleh ditakrifkan sebagai satu penumpuan penduduk yang mendiami kawasan dengan jumlah yang besar dan mempunyai pelbagai kemudahan infrastruktur yang lebih lengkap berbanding dengan kawasan-kawasan lain. Golongan yang miskin di bandar merangkumi migran dari kawasan luar bandar, warga asing yang mencari pekerjaan, golongan yang bekerja di sektor tidak formal dan golongan yang menganggur. Mereka selalunya terpengaruh dengan pekerjaan yang tidak terjamin, pencemaran, keganasan, jenayah dan kurangnya rangkaian sosial.
Migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar, kebanjiran warganegara asing samaada secara sah atau tidak serta pertumbuhan semulajadi penduduk telah menyebabkan berlaku peningkatan penduduk dengan mendadak terutamanya di kawasan bandar.Jangkaan perumahan di Kuala Lumpur khususnya di jangka semakin meningkat ekoran daripada peningkatan jumlah penduduk. Peningkatan jumlah penduduk ini telah menyebabkan taraf pendapatan sesebuah isi rumah meningkat. 
Kesan daripada peningkatan penduduk ini juga menyebabkan terdapat segelintir golongan masyarakat yang memilih untuk tinggal di kawasan setinggan agar rumah yang dimiliki dapat disewa bagi menampung keperluan ataupun menambah pendapatan mereka.  Ini adalah disebabkan kerana bandar dipercayai mempunyai lebih banyak peluang-peluang pekerjaan berbanding tempat asal. 
Namun, peningkatan penduduk yang tinggi di kawasan bandar ini secara relatifnya tidak dapat diserap oleh penawaran sektor pekerjaan formal di kawasan bandar. Ini menyebabkan lebihan penduduk yang tidak dapat pekerjaan ini bekerja di sektor tidak formal dengan jumlah pendapatan yang kecil berbanding peningkatan taraf hidup yang semakin membebankan.

5) TAHAP PENDIDIKAN YANG RENDAH
Dari segi tahap pendidikan yang rendah menyebabkan golongan ini tidak dapat pekerjaan yang menawarkan tahap pendapatan yang tinggi. Akibatnya mereka akan melibatkan diri di dalam STF yang menggunakan tahap pendidikan dan kemahiran yang rendah. Kesan paling teruk akibat tahap pendidikan yang rendah ini ialah dari segi penglibatan golongan ini dalam melakukan jenayah di bandar kerana terdesak untuk meneruskan kehidupan.
Menurut kajian kerajaan, kadar buta huruf di kawasan luar bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan bandar. Keadaan ini menyebabkan penduduk luar bandar yang berpendidikan rendah tidaak berupaya untuk mendapatkan pekerjaan yang mampu meningkatkan taraf hidup. Kadar kemiskinan luar bandar sukar untuk dibanteras dengan kekurangan golongan professional di antara penduduk luar bandar.

6) SAIZ ISI RUMAH YANG BESAR
Saiz isi rumah yang besar ini menjadi masalah kerana dengan pendapatan yang kecil dan hanya beberapa ahli keluarga yang bekerja, maka keperluan isi rumah tidak dapat dipenuhi dengan sempurna. Layanan yang berbeza akan dihadapi iaitu layanan adalah lebih baik bagi saiz isi rumah yang kecil berbanding dengan saiz isi rumah yang besar.
Selain daripada itu, walaupun didapati terdapatnya penyediaan kawasan perumahan kos rendah, namun kawasan perumahan ini dilihat tidak mampu menampung segelintir jumlah isi rumah bagi satu keluarga. Ini menyebabkan kawasan perumahan kos rendah ini terutamanya dalam bentuk kawasan perumahan flat dilihat padat. Kepadatan ini selalunya akan menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar dan juga masalah-masalah sosial seperti penagihan dadah dan pecah rumah.

7) KEKURANGAN PELUANG PEKERJAAN
Kekurangan peluang pekerjaan menyebabkan perebutan pekerjaan di bandar merupakan fenomena yang kian berlaku di bandar-bandar Malaysia. Majikan zaman kini bergemar untuk mengupah pekerja asing untuk menjimatkan kos. Pasaran buruh kini telah dibanjiri oleh pekerja-pekerja asing yang dikatakan murah. Terutamanya dalam sektor peridustrian dan pembinaan. Pekerja tempatan yang meminta gaji tinggi adalah kurang berdaya saing berbanding dengan pekerja asing.
Kebanyakan pekerjaan di luar bandar adalah tertakluk kepada sektor pertanian. Sementara itu, pelaksanaan pemodenan dalam sektor pertanian adalah kurang menyeluruh. Daya pengeluaran yang kurang lumayan menyebabkan keadaan kemiskinan luar bandar tidak dapat diubah. Eksploitasi dan monopoli orang tengah, kelaparan tanah, tanah yang tidak ekonomik juga dikatakan antara penyebab kepada kemiskinan di luar bandar.

8) KRISIS EKONOMI
Faktor krisis ekonomi yang melanda sesebuah negara akan menyebabkan golongan miskin sengsara. Ini adalah kerana apabila krisis ekonomi berlaku maka ramai golongan yang terbabit dalam sektor perkilangan akan dibuang kerja. Hal ini akan menyebabkan mereka menganggur tapi dalam masa yang sama perlu menanggung bilangan ahli keluarga yang sangat ramai. Di samping itu, krisis ekonomi juga akan menyebabkan inflasi meningkat. Peningkatan inflasi ini akan menyebabkan golongan miskin terutamanya di bandar menderita kerana barang-barang keperluan seperti makanan menjadi mahal relatif dengan jumlah pendapatan yang kecil dan bilangan ahli keluarga yang besar perlu ditanggung.


KESAN KEMISKINAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Terdapat beberapa kesan akibat kemiskinan di bandar. Kesan boleh dilihat melalui aspek kesan kepada ekonomi negara, kesan kepada sosial dan lain-lain kesan. Bagi kesan dari segi ekonomi, kesan kemiskinan menyebabkan peningkatan perbelanjaan kerajaan. Perbelanjaan kerajaan yang meningkat ini adalah disebabkan kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar bagi membasmi kemiskinan. Perbelanjaan yang besar ini seterusnya akan menyebabkan aktiviti pembangunan yang lain terjejas kerana telah dibelanjakan bagi menampung kos program-program pembansiman kemiskinan.

1) SOSIAL
Kesan dari segi sosial pula ialah anak-anak golongan yang miskin di bandar ini akan tercicir daripada mendapat peluang pendidikan. Kebanyakan daripada mereka terpaksa berhenti sekolah pada usia yang muda bagi membantu keluarga dari segi kewangan iaitu terpaksa bekerja. Hal ini juga akan menyebabkan mereka cenderung terlibat dengan aktiviti jenayah kerana mereka tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi yang membolehkan mereka mendapat pekerjaan di sektor formal malah tidak mempunyai modal untuk menjalankan perniagaan. Akibat terdesak untuk hidup di kawasan bandar mereka terlibat dalam jenayah seperti jenayah pecah rumah.

2) TEMPAT TINGGAL
Kesan – kesan lain boleh dilihat dari segi bagi penduduk yang berpendapatan rendah ketiadaan kemudahan perumahan yang selaras dangan kemampuan merupakan suatu masalah yang sukar diatasi (Chamhuri Siwar, 1996). Ini memaksa kebanyakan daripada mereka untuk tinggal di kawasan setinggan. Apabila melihat dalam konteks taraf hidup, terutama dari segi keselesaan tempat tinggal, penduduk luar bandar yang miskin didapati lebih selesa berbanding dengan penduduk bandar miskin yang tinggal di kawasan setinggan. Oleh itu, berlakunya penempatan setinggan pada kadar yang sangat tinggi dan ianya merupakan kawasan kediaman yang tidak sah dari segi undang-undang; oleh itu bekalan kemudahan asas adalah kurang dan keadaan perumahan tidak tersusun (Nik Hashim, 1996).Mereka yang tinggal di kawasan setinggan ini menghadapi pelbagai masalah terutama dari segi penyediaan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan sebagainya. Rumah yang dibina pula di kawasan yang merbahaya dan selalunya di tapak tanah yang tidak sah dari segi undang-undang. Apabila hal ini berlaku, maka alam sekitar masyarakat setinggan adalah tidak berkualiti, terutamanya dari segi kesesakan tempat tinggal kerana tiada sistem sanitasi dan kesihatan yang tidak terjamin.

3) PENCEMARAN ALAM
Kesan-kesan lain juga dilihat adalah dari segi berlaku pencemaran alam. Golongan miskin yang mencemarkan alam sekitar kebanyakkannya terdiri daripada masyarakat setinggan yang serba kekurangan, terutamanya dari segi kemudahan awam. Keadaan tempat tinggal yang sesak dan tidak selesa, tingkat pendidikan yang rendah dan ketiadaan kemudahan asas menyebabkan golongan ini mudah dihinggapi penyakit. Mereka juga terpaksa mengenakan kesan luaran dalam bentuk pencemaran air dan udara kepada golongan pengguna lain apabila melakukan pembuangan sampah ke dalam sungai atau di kawasan sekeliling.
LANGKAH-LANGKAH MEMBASMI KEMISKINAN

1) PERANAN IBU BAPA
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan perdana dalam menyemai sikap prihatin dalam kalangan masyarakat yang kurang bernasib baik. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan pohon rendang tempat anak berteduh dan mendapatkan perlindungan. Malah, anak-anak umpama sehelai kain putih, terpulanglah kepada ibu bapa bagaimana hendak mencorakkannya.Sesungguhnya, ibu bapa sayugia senantiasa mengambil berat tentang kelakuan anak-anak bagai menatang minyak yang penuh di samping memberitahu anak-anak tentang kepentingan sikap prihatin dan saling bantu-membantu dalam kalangan masyarakat agar anak-anak mempunyai kesedaran tentang perlunya mengamalkan sikap prihatin dan penyayang dalam jiwa mereka. Dalam pada itu, ibu bapa patut mengasuh dan mencanai anak-anak agar dapat membezakan intan dengan kaca dan seterusnya yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan supaya anak-anak tidak mudah terjebak dalam lembah yang penuh dengan kejahilan dan kedurjanaan. Lantaran itu, ibu bapa sayugia menerapkan nilai kasih saying dan sikap keprihatinan dalam sanubari anak-anak agar dapat melahirkan generasi akan datang yang mengambil berat tentang hal-hal persekitaran disamping tidak melakukan kejadian buruk.

2) PERANAN KERAJAAN
Seperkara lagi, kalau dikaji dari perspektif yang lain, didapati bahawa pihak kerajaan turut memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam melahirkan masyarakat penyayang dan mempunyai sikap prihatin. Pihak berkuasa harus menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat dalam kalangan masyarakat seperti aktiviti membantu membina rumah kepada golongan miskin, gotong-royong dan ceramah. Pihak berkenaan dapat mengadakan ceramah kesedaran tentang kepentingan sikap keprihatinan dalam kalangan masyarakat supaya masyarakat sedar akan kepentingannya dan seterusnya mengamalkan nilai kasih sayang dan sikap prihatin terhadap masyarakat yang kurang berasib baik. Tambahan pula, pihak kerajaan harus melancarkan kempen-kempen seperti semakin hari semakin sayang dalam kalangan masyarakat untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga patut menguatkuasakan undang-undang terhadap individu yang melakukan kejadian penghinaan, penderaan dan buli dalam kalangan golongan miskin. Pendek kata, pihak kerajaan patut mencari jalan untuk menyemai sikap prihatin dalam kalangan masyarakat di samping menitikberatkan sikap keprihatinan agar dapat melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama.

3) PERANAN SEKOLAH
Sementara itu, jikalau diselusuri sindrom ini sehingga ke peringkat akar umbinya, didapati bahawa pihak sekolah turut bertanggungjawab dalammenyemai sikap prihatin dalam kalangan remaja yang merupakan pemimpinpelapis negara yang bakal memperjuangkan bangsa dan negara sertamembawa negara kita ke ambang kejayaan. Hal ini demikian kerana gurusebagai pendeta di atas pentas sayugia menekankan unsur rohaniah danilmu duniawi dalam kalangan pelajar supaya dapat melahirkan pelajar yang prihatin terhadap isu-isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat. Dalam pada itu, guru-guru sepatutnyamenitikberatkan Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam yang diwajibkan olehKementerian Pelajaran negara kita agar nilai-nilai murni dan pengajarandapat diterapkan dalam jiwa pelajardan seterusnya tidak mudah terjerumuske dalam kancah maksiat. Di samping itu, pihak sekolah juga patutmenjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti gotong royong, BulanPenyayang dan sebagainya yang bukan sahaja dapat menerapkan sikapprihatin dalam sanubari pelajar, malah dapat memupuk sikap bertolak ansurdan bekerjasama dalam diri pelajar seperti berat sama dipikul, ringan samadijinjing. Justeru, aktiviti-aktiviti tersebut dapat diibaratkan sepertiserampang dua mata. Sebagai tuntasnya, pihak sekolah turut memainkanperanan yang penting dalam menyemai sikap prihatin dalam kalangan anak watan negara kita supaya dapat melahirkan tunas-tunas negara yangseimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani.

4) PERANAN MEDIA MASSA
Seterusnya, memang tidak dapat disangkal bahawa media massa yang merupakan lidah penting dalam menyalurkan dan menyampaikan maklumat serta infomasi turut memainkan peranan yang prima dalam menyemai sikap prihatin dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian disebabkan pihak media massa yang sering menyiarkan program-program dan rancangan televisyan yang berunsurkan keganasan ataupun bercorak Barat telah mempengaruhi dan mencemari sanubari pemuda-pemudi negara kita dan seterusnya menyebabkan mereka melakukan anasir-anasir jahat seperti menghina orang miskin, penderaan, tidak menyayangi golongan miskin dan sebagainya yang bertentangan dengan ajaran agama. Rentetan daripada itu, pihak media massa sayugia menyiarkan rancangan yang menekankan nilai-nilai moral dan bermanfaat agar para remaja tidak membiarkan syaitan bertakhta dalam jiwa merka danseterusnya dapat menghadapi duri dan onak dalam marcapada kini. Pendek kata, media massa wajar memainkan peranan mustahak dalam menyemai sikap prihatin dalam kalangan masyarakat dan seterusnya menzahirkan masyarakat penyayang seperti yang termaktub dalam Rancangan Malaysia kita.
INISIATIF KERAJAAN DALAM MEMBASMI KEMISKINAN


Isu kemiskinan mula diketengahkan sebagai satu isu pembangunan negara pada tahun 1971 yang juga dikenali sebagai era Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dimulakan dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1). Matlamat DEB ialah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional bagi mencapai dua matlamat utama iaitu:
      I.        Pengurangan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum
    II.        Mempercepat proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk membetul ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Dalam Dasar Ekonomi Baru, strategi anti kemiskinan yang utama termasuk pertama meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka yang terlibat dalam aktiviti berpendapatan rendah melalui teknik moden dan kemudahan yang lebih baik. Strategi kedua pula ialah meningkatkan peluang untuk pergerakan antara sektor, iaitu daripada aktiviti yang mempunyai produktiviti rendah kepada aktiviti yang mempunyai produktiviti yang lebih tinggi termasuk perdagangan, industri dan aktiviti moden serta peruntukan sosial dan bantuan teknikal, pendidikan dan peluang latihan, serta penyusunan organisasi untuk memudahkan perpindahan ke sektor moden.
Stratergi terakhir ialah menyediakan subsidi perkhidmatan sosial terutama dalam meningkatkan taraf hidup kumpulan berpendapatan rendah. Perkhidmatan ini termasuk projek perumahan, subsidi kadar elektrik, air dan pengangkutan, kesihatan dan perkhidmatan perubatan, meningkatkan peluang pendidikan, kemudahan rekreasi dan komuniti.
Selepas tamatnya era DEB, maka negara telah melangkah ke era Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang dimulakan dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2). DPN masih mengamalkan teras DEB untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Matlamat DPN adalah untuk mencapai pembangunan yang seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang lebih bersatu padu dan adil. Penekanan utama bagi mencapai matlamat pengagihan di bawah RRJP2 terutama sekali yang berkaitan dengan kemiskinan, adalah kepada pembasmian kemiskinan golongan termiskin dan mengurangkan kemiskinan relatif.